20 Jun 2008 - 02:08:10 pm
Saya ingin bantuan daripada anda yang dihormati untuk membantu negara kita, Malaysia dalam pencalonan di atas. Sebagai salah seorang pencinta alam semulajadi khasnya negara Malaysia dan amnya bumi @ dunia @ alam semesta. Kita patut berbangga kerana Gua Mulu, Niah dan Pulau Sipadan, Sabah telah dicalonkan mewakili Malaysia melalui undian pencalonan oleh penduduk di seluruh dunia dalam pencarian "The New 7 Wonders of Nature in the World" bagi kategori Asia. Namun kita masih belum dapat berbangga kerana kedudukan kedua-dua alam semulajadi kebanggaan negara kita belum mencapai kedudukan 77 tempat yang disenaraikan untuk pemilihan bagi 21 pencalonan akhir. Ramai rakyat Malaysia tidak mengetahui pencalonan ini. Masih belum terlambat.! Mari sama-sama kita pergi mengundi. Ayoh.
Keindahan Pulau Sipadan, Sabah -kedudukan ke 88
Kita masih ketinggalan di belakang. Perkembangan terkini (18.6.2008/Rabu). Gua Mulu telah berada di tempat ke 133 berbanding minggu lepas (11.6.2008/Rabu) pada tempat ke 134. nampaknya ia sudah mula beranjak. Manakala Pulau Sipadan pula masih kekal di tempat ke 88. Kita jauh ketinggalan dari jiran-jiran kita seperti Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand. Mereka sudah masuk dalam ruangan 77 dan final (dalam ranking 21). VIETNAM MASIH UNGGUL DI TEMPAT PERTAMA diikuti Filipina (2)dan Filipina (3).
Gua Mulu, Niah, Miri, Sarawak - kedudukan ke 133
Gua Mulu masih jauh ketinggalan ditempatnya berbanding Pulau Sipadan yang semakin beranjak menghampiri ranking ke 77. Marilah bersama-sama membuang undi untuk hutan semulajadi kita secara "FREE ONLINE". Mari berkempen. Kempenlah kepada keluarga, guru-guru, kawan-kawan dan kenalan kita untuk mengundi kedua-duanya. SELAMAT MEMBUANG UNDI UNTUK GUA MULU DAN PULAU SIPADAN. BERBANGGALAH DENGAN ALAM SEMULAJADI KITA. ALAM NEGARA MALAYSIA DIKENALI DISELURUH DUNIA.


Untuk keterangan lanjut dan maklumat yang lebih jelas, saya persilakan anda layari laman ini.
http://www.new7wonders.com/nature/en/
http://www.new7wonders.com/nature/en/nominees/asia/
http://www.new7wonders.com/nature/en/vote_on_nominees/
http://www.new7wonders.com/nature/en/liveranking/
http://www.new7wonders.com/classic/en/about_us/expertpanel/
http://www.new7wonders.com/nature/en/nominees/asia/c/SipadanIsland/
http://www.new7wonders.com/nature/en/nominees/asia/c/MuluCaves/
The top 77 Official Nominees will be eligible for consideration by the New7Wonders of Nature Panel of Experts for inclusion in the group of 21 finalist candidates. Voting for nominees will continue through 31.12.08.
Terima kasih atas usaha dan kerjasama anda semua.
Terima kasih atas usaha dan kerjasama anda semua.
Syndication
2009-06-04 @ 04:10:52 pm
by sasa
tHanx a bUnch...!!!!!!!! gUd luCk yaaa..... ni mSt ...
2009-05-09 @ 09:15:21 am
by faTen farina MlakE;pokok maGge
tq bro u,ll the best.KANTOI!!!!!!!!!!
2008-09-09 @ 01:00:50 am
by danniel beego
Kepada, saya sarankan anda pergi ke ...
2008-07-31 @ 09:03:40 pm
by Pemerhati Dunia...
Halo, sekarang begini sajalah , apakah anda-anda bangga ...
2008-07-31 @ 01:58:18 pm
by Thinker