Saya Nur Helmi bin Afandi ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengalungkan ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Tuan Haji Yusoh bin Abdullah selaku penolong kanan SMK Dato’ Onn kerana memberi kebenaran kepada saya untuk menyiapkan kerja khusus di bawah tajuk ‘Permainan Tradisional Masyarakat Di Negara Kita.’ Ucapan ini juga saya tujukan kepada guru sejarah saya yang telah bayak mencurahkan bimbingan yang akhirnya telah membawa saya kepada kejayaan hasil kerja khusus ini. Kepada kedua-dua ibu bapa saya, anakmu ini ingin mengambil kesempatan di sini untuk memberikan penghargaan yang setinggi langit atas sokongan dan bantuan yang akhirnya telah menjadi tulang belakang dan nadi kepada kerja khusus saya. Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang juga telah menyumbangkan keringat mereka di dalam membantu saya dalam menyiapkan kerja khusus yang boleh saya katakan menepati kriteria-kriteria yang telah di gariskan.
Saya yakin setiap kerja yang di lakukan mesti mempunyai objektif tersendiri kerana sudah pasti ia akan menjadi sia-sia. Untuk mengelakkan kerja khususu yang di jalankan saya oleh saya menjadi sia-sia, saya telah menggariskan bebeapa objektif kajian kepada kerja khusus saya. Antaranya ialah :-
· MELATIH SAYA DALAM MENCARI DAN MENGENAL PASTI SUMBER SEJARAH YANG SAHIH DARI SEGI ASPEK DALAM BIDANG KAJIAN SAYA IAITU WAU.
· MEMBOLEHKAN SAYA DAN RAKAN-RAKAN MENGETAHUO JENIS-JENIS PERMAINAN TRADISIONAM YANG WUJUD DLAAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU.
· MEMBOLEHKAN SAYA MENGETAHUI CARA-CARA MASYARAKAT MELAYU MEREKACIPTAKAN PERMAINAN TRADISONAL INI YANG PADA HARI INI MERUPAKAN SATU WARISAN TURUN-TEMURUN MALAYSIA.
· MEMBERI KESEDARAN KEPADA SAYA BETAPA PENTINGNYA PADA HARI INI DALAM MEMELIHARA KHAZANAH NEGARA INI YANG SEMAKIN LUPUT DITELAN DEK ARUS ZAMAN.
· MEMBUKA MATA SAYA SUPAYA MEMANADANG TINGGI KEBOLEHAN DAN KEMAPUAN SERTA DAYA KREATIVITI MASYARAKAT TRADISONAL DI DALAM MEREKACIPTA PERMAINAN TRADISONAL INI.
Dalam usaha untuk menghasilkan kerja khusus ini, saya telah menggunakan pelbagai kaedah yang hari ini telah membantu kerja khusus ini berkembang. Antaranya ialah:-
1. Kaedah merujuk buku ilmiah.
Saya telah merujuk beberapa buku ilmiah yang membincangkan mengenai permainan tradisional masyarakat Malaysia. Antaranya ialah buku teks Bahasa Melayu yang hari ini turt menyumbang sediki sebanyak bantuan di dalam menyiapkan hasil kerja yang tak seberapa ini.
2. Kaedah melayari internet atau lama web.
Internet sebagai sumber alternatif pada hari ini telah banyak membantu saya di dalam menjayakan kerja khususu ini. Dengan sumber alternatif inilah, saya mampu mencari maklumat tentang permainan tradisional yang saya kaji dengan sekelip mata seolah-olah seperti memetik jari sahaja, maklumat itu terpapar di hadapan saya.
3. Kaedah surat khabar.
Maklumat tentang tajuk yang di kaji juga saya perolahi daripada suarat khabar yang mengandungi maklumat-maklumat terperinci tentang permainan tradisional yang di bincangkan di dalam kerja khusus ini.
4. Kaedah Temubual / Orang sumber
Dengan menemu bual beberapa individu yang boleh di katakan seorang pakar di dalam bidang permainan tradisional, saya akhirnya berjaya mengorek maklumat yang lebih mendalam tentang permainan tradisional wau yang telah lama bertapak di Malaysia.
5. Kaedah Televisyen
Saya telah menonton sebuah rancangan dokumentari televisyen yang telah memaparkan tentang cara-cara membuat wau yang cantik.
Permainan wau merupakan permaianan masyarakat Melayu yang sungguh unik. Seseorang itu perlu mahir untuk menghasilkan beberapa jenis wah. Antara wau yang dihasilkan ialah:
i. Wau Bulan
Wau bulan merupakan wau yang paling popular jika dibandingkan dengan wau lain. Wau ini mempunyai bentuk seperti bulan sabit di bahagian hadapan dan separa bulatan di bahagian ekor. Oleh itu way tersebut seolah-olah kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan.
Saiz wau bulan adalah besar. Wau bulan di bentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain untuk memastikan corak yang terdapat pada wau tersebut supaya kelihatan jelas sekali. Oleh itu pemilihan warna yang terang dan corak yang lebih besar dihasilkan supaya dengan jelas dilihat dan dinikmati oleh para penonton walupun berada di tempat yang tinggi.
ii. Wau Burung
Wau burung pula kelihatan cukup menarik. Wau burung mempunyai bentuk asas seperti wau bulan tetapi mempunyai bentuk badan dan kepala yang lebih kecil. Bahkan terdapat bentuk wau burung yang menyamai burung yang sedang terbang.
Antara jenis wau burung yang paling di minati ialah wau merak dan wau burung helang. Way merak dihiasi dengan ukiran yang berbentuk corak dan watna seekor merak. Ada juga yang meletakkan pelbagai jenis rompol di bahagian ekor supaya kelihatan unik apabila di terbangkan.
Wau burung helang pula di bentuk seperti seekor helang yang mempunyai kepala yang berparuh kecil. Kemudian bahagian tersebut dihiasi dengan rompol yang kelihatan seperti bulu. Ini sudah pasti akan menjadikan wau tersebut seperti seekor burung helang yang sedang terbang di udara.
iii. Wau Kucing
Wau kucing adalah adalah wau yang di hasilkan untuk mempelbagaikan corak dan bentuk wau. Walaupun pada dasarnya wau kucing seperti wau bulan, tetapi sedikit penambahan dilakukan. Wau kucing mempunayi warna yang lebih gelap dan mempunyai jurai-jurai di bahagian ekor wau seperti ekor kucing. Lazimnya wau kucing jarang-jarang dihasilkan kerana tidak menarik.
iv. Wau Ikan
Wau ikan juga seperti wau kucing. Wau ikan dihasilakan adalah berbentuk ikan bawal, ikan emas dan sebagainya. Bentuk wau ikan emas lebih menarik kerana mempunyai rompol-rompol yang membentuk ekor atau sirip. Sungguhpun semikian wau ikan kurang juga diminati kebanyakkan penggemar wau.
Wau
Payung
Wau Bulan
Wau Kucing
Wau
Bulan
Alat-alat yang di gunakan
Buluh
Buluh merupakan bahan asas yang di gunakan untuk membuat wau. Buuh boleh didapati di dalam hutan yang lazimnya berhampiran kawasan kediaman pembuat wau. Hnaya buluh yang bermutu tinggi sahaja yang digunakan seperti buluh betung, buluh minyak dan sebagainya. Buluh daripada spesies ini mempunyai ruas yang panjang dan tahan lebih lama bergantung kepada pemilihnya. Semua ini dilakukan mengikut kemahiran pembuat wau.
Pisau Raut
Pisau raut adalah pisau yang digunakan untuk meraut buluh. Pisau tersebut perlu tajam supaya dapat meraut duluh dengan mudah, Namun harus diingat pisau yang terlalu tajam akan menyebabkan rautan buluh tidak begitu baik. Justeru itu, penilitian dan kemahiran perlu ada semasa kerja-kerja meraut buluh dijalankan.
Kertas
Kertas merupakan bahan pelengkap kepada sesuatu wau. Kertas berwarna digunakan untuk menghasilkan wau yang menarik. Kertas ini dibahagikan kepada pelbagai warna sama ada merah, biru, kuning, hijau ayau sebagainya. Semua ini bergantung kepada bentuk, jenis atau pilihan si pembuat. Namun begitu pemilih warna yang sesuai dengan corak ukiran akan melambangkan kemahiran si penghasilnya.
Syndication
2010-03-17 @ 06:56:56 am
by JayneOneill
Achieve product alone, without help from ...
2010-03-15 @ 10:31:13 pm
by Russo32Roxie
Academic future seems to be really ...
2010-03-15 @ 08:58:02 am
by MarinaAlston34
You are obviously, a professional of ...
2010-03-13 @ 11:16:12 pm
by Kellie21Morris
Students should handle dissertation references referring ...
2010-03-13 @ 10:30:30 pm
by Molly24Rice