Segala artikel di sini tertakluk di bawah akta hakcipta terpelihara 1988.

Semua artikel di dalam blog ini boleh disalin sekiranya meletakkan alamat blog ini, helmycasanova.pasblog.com. Terima kasih
Petikan kenyataan daripada salah satu Blog yang terkemuka di Malaysia!!!
12 Jun 2008 - 10:37:20 pm
Tujuan mengkaji Bible

"Mengkaji bible bukan untuk mencari kebenaran yang terkandung di dalamnya.. Bukan juga kerana ingin membaca kata-kata nasihat yang cantik2 yang terkandung di dalamnya.. Jauh sekali untuk mengetahui perjalanan kisah hidup para Nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak disebutkan di dalam Al-Quran seperti Hosea, Ezra, Ezekiel, Isaiah dan sebagainya..

Mengkaji Bible semata2 bertujuan mencari titik persamaan yang terdapat antara ajaan Islam & Kristian untuk diterangkan kepada mereka sebagai salah satu method dakwah dan juga untuk menyingkap kesalahan serta kelemahan yang terkandung di dalamnya..

Kelemahan-kelemahan yg terkandung di dalam Bible, seperti kesalahan fakta saintifik, pertentangan ayatnya antara satu sama lain, penghinaan para Nabi, gambaran Tuhan yang tidak sesuai, kelucahan isi kandungannya; apabila disingkap, ia bukan sahaja mampu meningkatkan iman kita yang sedia ada, malah meyakinkan kita dengan sebenar-benarnya bahawa agama Kristian adalah agama yang jauh menyimpang dari kebenaran, dan agama Islam merupakan agama yang terbaik sepanjang zaman..

Orang yang tidak kuat imannyalah yg seharusnya mengkaji Bible.. supaya sekurang-kurangnya terbantutlah kemahuannya untuk keluar dari agama Islam yang suci ini untuk menganut agama Kristian..

Orang yang kuat imannya, mengkaji Bible untuk berdakwah kepada golongan yang lemah imannya atau kepada golongan yg not-yet-Muslim...

Tak usah risau.. kajian menunjukkan, setakat ini, tidak ada seorang pun yang murtad dari agama Islam kerana membaca Bible lalu 'terpesona' dengan keindahan kata-katanya... Makin bertambah kebenciannya kepada Bible adalah.. "

Salahkah Menkaji Bible?

"Eh, enta ada simpan Bible?? Enta buat ape dgn bible ni??"
"Eh, enta baca Bible?? Asas agama enta belum kuat lagi ni.. Sesat nanti.."
"Quran pun belum abis kaji, dah nak kaji Bible.."

Begitulah kata-kata yang seringkali saya dengari setiap kali mereka-mereka yang saya anggap kurang mendapat maklumat tentang ilmu perbandingan agama terpandang beberapa buah kitab Bible berlainan versi tersusun rapi di atas rak buku bilik saya..

Bagi mereka, golongan agamawan sahaja yang dibenarkan mengkaji isi kandungan Bible.. Golongan mutakhassisiin / specialist dlm bidang agama sahaja yang berhak bercakap tentang Bible.. Pelajar-pelajar 'tidak kuat asas agama' seperti saya ini, tidak lain hanya bertambah kekeliruan serta keraguan sahaja apabila hendak berjinak-jinak dgn kitab bible..

Jika diselidiki pakar-pakar ilmu perbandingan agama dari seluruh dunia, saya dapati mereka ini bukanlah berasal daripada golongan yang dikatakan 'pakar' dalam bidang syariah mahupun usuludin.. Mereka hanyalah individu biasa yang diberi kelebihan ilmu oleh Allah dalam bidang ini..

Ahmad Deedat misalnya, seorang tokoh paling popular yang disinonimkan dengan ilmu perbandingan agama ini, hanyalah seorang penjaga kedai yang dimiliki oleh seorang Muslim ketika beliau mula mengkaji kitab Bible dan berdebat secara kecil-kecilan bersama paderi-paderi kecil sekitar tempat tinggal beliau..

Dr. Zakir Abdul Karim Naik, (idola saya) yang juga diberi gelaran "Deedat Plus" oleh Ahmad Deedat sendiri, hanyalah seorang doktor perubatan yang 'graduate' daripada sebuah universiti sekitar India.. Beliau bukanlah seorang doktor graduan fakulti perubatan Universiti Al-Azhar yang punya silibus agamanya tersendiri.. Namun, beliau tetap muncul sebagai seorang pakar dalam bidang perbandingan agama ini yang telah berjaya mengislamkan -Allah-sahaja-yang-tahu-jumlahnya- manusia..

Shah Kirit Kalkulal Govinji, seorang pakar ilmu perbandingan agama yang tersohor namanya di negara Malaysia, merupakan seorang yang baru sahaja 8 tahun memeluk Islam.. Kuat manalah sangat asas agamanya ketika beliau mula membaca dan mengkaji kitab Bible sehinggakan beliau kini mampu berdiri mengislamkan ramai golongan bukan Islam di Malaysia..

Kesimpulannya, semua individu berhak dan seharusnya mengkaji isi kandungan Bible.. lebih-lebih lagi golongan agamawan hari ini yang semestinya akan berhadapan dengan isu murtad dan dakwah kepada golongan kristian.. tetapi tidak dinafikan, perlu adanya bimbingan daripada yang pakar sebelum mengkajinya dengan lebih lanjut..

Saya, petik kenyataan ini di effysaiful.blogspot.com (salah satu blog kawan saya), apa komen para pembaca semua? Komenlah di ruang komen yang telah disediakan.

Apapun layarilah http://lolongansejati.blogspot.com/.

Permanent link to full entry

http://helmycasanova.pasblog.com/BPD-b1/Petikan-kenyataan-daripada-salah-satu-Blog-yang-terkemuka-di-Malaysia-b1-p27404.htm

Comments

No Comment for this post yet...


Leave a comment

New feedback status: Published





Your URL will be displayed.

 
Please enter the code written in the picture.


Comment text

Options
   (Set cookies for name, email and url)


  

Last Comment

good

2009-06-04 @ 04:10:52 pm
by sasa


tHanx a bUnch...!!!!!!!! gUd luCk yaaa..... ni mSt ...

2009-05-09 @ 09:15:21 am
by faTen farina MlakE;pokok maGge


tq bro u,ll the best.KANTOI!!!!!!!!!!

2008-09-09 @ 01:00:50 am
by danniel beego


Kepada, saya sarankan anda pergi ke ...

2008-07-31 @ 09:03:40 pm
by Pemerhati Dunia...


Halo, sekarang begini sajalah , apakah anda-anda bangga ...

2008-07-31 @ 01:58:18 pm
by Thinker


Calendar

August 2010
SunMonTueWedThuFriSat
 << < > >>
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Who's Online?

Member: 0
Visitors: 2

Announce

Tags

No tags in this Blog

rss Syndication

Archives