Segala artikel di sini tertakluk di bawah akta hakcipta terpelihara 1988.

Semua artikel di dalam blog ini boleh disalin sekiranya meletakkan alamat blog ini, helmycasanova.pasblog.com. Terima kasih
Kerja Khusus Sejarah PMR 2008 II
13 Apr 2008 - 10:35:20 pm


Asal Usul Gasimg



Gasing adalah permainan masyarakat Melayu yang memiliki keragaman
asal usul, di antaranya (1) Diinspirasikan dari penemuan buah perepat (sonneratia
alba
) yang memiliki struktur bulat pipih, licin dan mudah diputar di atas
lantai yang datar. Kemudian, struktur buah perepat ini diadaptasikan dengan
menggunakan kayu yang lunak agar mudah dibentuk. (2) Permainan gasing
diinspirasikan dari permainan “adu telur” yang dimainkan kanak-kanak dengan
cara diputar dan diadu antara satu dengan lainnya. Cara ini akhirnya
diadaptasikan pula pada kayu yang dibentuk seperti telur, di bawahnya
ditancapkan paksi (sejenis besi berukuran kecil seperti paku yang runcing) agar
dapat diputar lama dan seimbang di atas lantai. (3) Ada pula yang berpendapat bahwa permainan
gasing diinspirasi dari salah satu jenis alat perburuan yang berbentuk bulat
dan pipih. Alat tersebut diikat dengan tali, lalu dilempar ke arah sasaran
buruan, kemudian ditarik. Ketika dilemparkan, alat tersebut berputar dengan
kencang sebelum mengenai sasarannya.
Alat ini banyak diminati oleh para
pemburu, kerana sangat akurat mengenai sasaran buruan. Semenjak itu, perburuan
selalu dilengkapi dengan alat ini sehingga menjadi bahagian tidak dapat dipisahkan
dari kehidupan para pemburu. Cara seperti ini memberikan inspirasi kepada para
pemburu untuk membuat sejenis permainan yang pada saat itu sekadar mengisi
waktu luang. Permainan ini cukup mengasyikkan dan terus berkembang, hingga
akhirnya menjadi salah satu permainan rakyat yang dikenal dengan permainan
gasing.
Dengan sedemikian,
struktur gasing tidak terlepas dari hal di atas, bulat pipih, bulat telur dan
mudah diputar di atas lantai yang datar.



Gasing dibuat dari kayu dengan ukuran yang
sudah ditentukan, dibentuk bulat sehingga memiliki tiga bagian penting: kepala,
badan dan buritan gasing. Di bahagian bawah kepala gasing dibuat sedikit
lekukan (dikenali juga dengan leher gasing) yang berfungsi sebagai tempat
melilit tali gasing, kerana gasing ini diputarkan dengan tali.
Di bahagian
buritan terdapat paksi untuk menjaga keseimbangan ketika diputar di atas
lantai. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini antara lain merbau
(sympetalandra borneensis.), leban tanduk (vitex quinta),
jeruk, bakau, kempas, sepan (gymnopetalum cochinchinensis), keranji
(cynoptera polyandra), manggis, jambu batu, ciku (achras
zapota
) dan kayu asam jawa. Selain itu, gasing juga dibuat dari plastik
atau bahan-bahan lainya. Permainan gasing ini juga popular di pelbagai daerah
kawasan Kepulaun Melayu, seperti Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura maupun
negara lainnya.



Asal Usul II



Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah
dimainkan sejak sebelum perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali oleh
pencinta seni warisan yang berusaha memperkenalkannya di kalangan masyarakat.
Pada dasarnya pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati di seluruh Malaysia.
Gasing bukan sahaja dimainkan oleh orang dewasa, tetapi juga di kalangan remaja
dan kanak-kanak. Kalau dahulu gasing hanya dimainkan di pertunjukan kebudayaan
peringkat antarabangsa dan di sekolah-sekolah melalui program pengenalan.
Permainan gasing di Malaysia pada dasarnya boleh dibahagikan kepada dua jenis
iaitu gasing tradisional dan gasing sukan. Permainan gasing tradisional
terdapat pelbagai jenis dan bntuk dan hanya dimainkan di sesuatu tempat
tertentu oleh golongan tertentu sahaja. Peraturan dan cara mengendalikannya
juga berlainan mengikut kampung, daerah dan ketua permainan.



                         
Namun begitu kaedah asas permainan gasing adalah sama iaitu memusing,
meangkahdan dan membela uri. Hanya yang membezakan ialah kaedah membela uri,
melilit tali, peralatan tambahan dan bilangan pemain yang bermain. Inilah yang
menimbulkan pelbagai bentuk dan sara permainan gasing. Umpamanya terdapat
perbezaan dalam permainan gasing timah dan gasing leper di negeri Kelantan;
gasing peyek dan gasing tempayan di Selangor serta gasing paku di Kedah.



                         
Di Nusantara sendiri, gasing bolehlah dikaitkan dengan pengaruh penghijrahan,
peperangan dan perdagangan terbuka sejarah lampau. Andaian ini berdasarkan
bentuk-bentuk gasing yang berlainan mengikut negeri yang pernah dijajahi oleh
kerajaan lain. Umpamanya gasing timah dan gasing leper Kelantan tidak terdapat
di negeri lain. Begitu juga  dengan gasing paku yang dimainkan oleh
masyarakat Kuala Selangor, ternyata adalah sama dengan gasing yang dimainkan
pemain gasing Kedah dan Patani. Gasing Riau mempunyai persamaan dengan gasing
Melaka dan jika ditinjau di Riau sendiri, ramai yang memang berasal dari
Melaka. Pengaruh ini jelas menunjukkan bahawa ada pertalian yang penting antara
aliran pengaruh dan gaya
permainan masyarakat tempatan dengan tempat lain.



                          
Selain Malaysia,
permainan gasing turut terdapat di negara-negara lain di Asia , Afrika serta
Eropah. Cuma yang membezakannya adalah corak permainan, bentuk gasing, nama
serta golongan yang memainkannya. Oleh itu, ternyatalah permainan gasing ini
adalah sejenis permainan tua yang dimiliki oleh hampir semua tamadun.



                          
Walaupun gasing ini merupakan permainan masyarakat serumpun Melayu, namun
pelbagai masalah telah timbul akibat ketidakseragaman peraturan, bentuk gasing
serta corak permainan gasing. Hasil kesedaran betapa pentingnya kesergaman
dalam permainan gasing ini maka pihak yang bertanggungjawab telah mengambil
tindakan yang bijak iaitu mengadakan Kongres Kebudayaan Melayu pada tahun 1972,
di Universiti Malaya yang kemudiannya diikuti dengan Seminar Penyatuan
Undang-Undang Gasing, di Sekolah Dato' Seri Amar DiRaja, Muar, Johor, pada
tahun berikutnya. Tujuannya adalah untuk menyeragamkan permainan gasing. 


Permanent link to full entry

http://helmycasanova.pasblog.com/BPD-b1/Kerja-Khusus-Sejarah-PMR-2008-II-b1-p4.htm

Comments

No Comment for this post yet...


Leave a comment

New feedback status: Published





Your URL will be displayed.

 
Please enter the code written in the picture.


Comment text

Options
   (Set cookies for name, email and url)


  

Last Comment

good

2009-06-04 @ 04:10:52 pm
by sasa


tHanx a bUnch...!!!!!!!! gUd luCk yaaa..... ni mSt ...

2009-05-09 @ 09:15:21 am
by faTen farina MlakE;pokok maGge


tq bro u,ll the best.KANTOI!!!!!!!!!!

2008-09-09 @ 01:00:50 am
by danniel beego


Kepada, saya sarankan anda pergi ke ...

2008-07-31 @ 09:03:40 pm
by Pemerhati Dunia...


Halo, sekarang begini sajalah , apakah anda-anda bangga ...

2008-07-31 @ 01:58:18 pm
by Thinker


Calendar

August 2010
SunMonTueWedThuFriSat
 << < > >>
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Who's Online?

Member: 0
Visitor: 1

Announce

Tags

No tags in this Blog

rss Syndication

Archives